Nilai Peralatan SSMZA Yang Dicuri Bukan RM50j - MB Terengganu

Kuala Terengganu 1 Februari (Harian Mega) - MENTERI Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan laporan sebuah akhbar yang mengatakan peralatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dicuri bernilai RM50 juta ini adalah kerana pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) masih lagi menilai barang-barang yang dicuri. 

Kata Ahmad Said "Kerugian saya rasa lebih rendah, macamana mereka dapat nilai RM50 juta, entah siapa yang beri pada mereka angka itu".

Semalam menurut laporan akhbar itu "Peralatan pendawaian elektrik, dua set janakuasa di SSMZA dan Sistem Elektronik bernilai RM50 juta lesap dilarikan pencuri setelah stadium itu ditutup dua tahun lalu selepas sebahagian bumbungnya runtuh".

"Sebenarnya perkara itu sekarang ini dalam tindakan dan siasatan pihak Polis" Kata Ahmad lagi. "Sepatutnya perkara sedemikian tidak berlaku  kerana Pengawal Keselamatan telah di tempatkan di SSMZA". "Tidak tahulah ..takut harapkan pagar pagar makan padi" tambah Ahmad Said lagi. 

 "Kemungkinan juga pengawal tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna menyebabkan pencuri dapat masuk dan mengambil peralatan yang ada di stadium itu. Katanya lagi, kerajaan negeri sekarang dalam proses menukar syarikat pengawal keselamatan di stadium itu" Kata Ahmad ringkas.

Previous
Next Post »

Ngepeng