SHAH ALAM - SATU majlis iftar gay yang sudah menjadi viral di media sosial. Majlis iftar tersebut menghimpunkan semua gay yang ada untuk sama-sama berbuka puasa bersama mereka yang merupakan peminat kaum sejenis. Penganjuran majlis seumpama ini telah mendatangkan kemarahan orang ramai apatah lagi dia dilihat seperti mempersendakan agama islam jelas sekali apa yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan agama Islam.
"Majlis berbuka puasa itu hanyalah sia-sia bahkan mempermainkan hukum Allah"menurut kata pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz. Pengajuran majlis sedemikian bertentangan dengan agama Islam sebenar yang mengharamkan seks sejenis Mengikut kata pendakwah itu lagi. "Perintah Allah perlu diikuti oleh orang yang berpuasa dan puasa ini merangkumi semua perbuatan kita.
"Sekarang ni wujud pula golongan yang tolak hukum Allah tapi terima hukum lain dan itu tidak boleh dalam Islam. Hassan berkata, golongan sebegini sewajarnya dikenakan tindakan oleh
jabatan agama Islam dan pihak berkaitan kerana telah mencemarkan imej
Islam.
“Mereka melanggar hukum ALLAH tapi dalam masa sama nak duduk sekali
buka puasa. Kalau kita orang beriman, kita kena pegang semua suruhan
ALLAH,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Hassan memaklumkan bahawa
golongan LGBT di negara ini semakin menular susulan daripada
perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun.
Beliau berkata, perkembangan ini juga sedikit sebanyak akan
mempengaruhi orang ramai khususnya golongan muda untuk menyokong gerakan
LGBT ini.
“Manusia ini dalam diri dia ada satu sudut yang lemah dan boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak dengan mudah,” katanya.
Disebabkan itu, Hassan berkata, beberapa tindakan segera perlu diambil
oleh pihak yang bertanggungjawab seperti menguatkuasakan undang-undang
bagi memastikan kelompok ini tidak bergerak bebas di negara ini.
Selain itu, golongan intelektual dalam Islam juga boleh dipanggil
untuk membincangkan mengenai perkara ini dan hasil resolusinya boleh
diambil untuk dilaksanakan.
“Kerajaan juga kena gubal satu undang-undang untuk jangka panjang bagi
elakkan rakyat negara ini terjebak dengan gerakan sebegini pada masa
depan,” katanya.
ConversionConversion EmoticonEmoticon