SERANGAN BERDARAH DI LONDON BRIDGE, BRITAIN

LONDON - Satu serangan berdarah telah berlaku di London Bridge, Britain. Serangan tersebut telah mengorbankan 6 mangsa dan manakala 3 orang penyerang telah mati ditembak Polis Britain. Mengikut sumber dari Polis Britain, tiga penyerang memandu sebuah kenderaan bertindak merempuh pejalan kaki di London Bridge dan kemudianya bertindak meluru keluar sebelum menikam pejalan kaki di Borough Market.

Pegawai Polis Britain yang bersenjata telah bertindak segera dan berani dengan menembak mati 3 penyerang tersebut di Borough Market mengikut kata Pegawai Tertinggi Anti Terorrist Britain, Mark Rowney. Namun, 6 orang telah pun maut manakala tiga orang penyerang tersebut turut terbunuh kerana ditembak Polis Britain.

Ketiga-tiga suspek ditembak polis dalam masa lapan minit selepas panggilan pertama dibuat. Suspek dilihat memakai jaket bahan letupan, dan kemudianya jaket bahan letupan tersebut disahkan palsu. Serangan ini ternyata mengejutkan banyak pihak terutamanya para pengguna London Bridge. 

Serangan ini juga telah menyebabkan ketakutan orang ramai terhadap Islam semakin menjadi-jadi. Serangan ini terus meningkatkan Islamophobia kerana ada yang mengaitkan serangan ini dengan serangan Pengganas Islam.



Dalam pada itu, Malaysia selaku negara Islam telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut kerana serangan tersebut sedikit sebanyak akan mencemarkan imej negara-negara Islam dan secara tidak lansung Islamophobia terus menjadi-jadi terutamanya di negara-negara barat. 

Setakat laporan ini dibuat, tiada lagi mana-mana pihak yang mengaku bertangungjawab di dalam membuat serangan berdarah ini.
Previous
Next Post »

Ngepeng