Pemuda Mati Ditetak Di Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu


BESUT (HARIAN MEGA) - Seorang pemuda ditemui mati dipercayai ditetak di Kampung Pengkalan Nyireh, berdekatan dengan Kampong Raja di sini petang kelmarin. 

Mangsa yang berusia awal 20an ditemui dengan kesan kecederaan di anggota badan dan  lengkap berpakaian pada waktu 5.15 petang. 

"Sebelum mayat mangsa ditemui Polis telah menerima aduan daripada orang awam memaklumkan bahawa berhampiran tapak pasar malam Pengkalan Nyireh" menurut kata Ketua Polis Daerah Besut Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

"susulan kejadian itu Polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai ditetak, Mangsa cedera parah di beberapa anggota badan dipercayai ditetak dengan senjata tajam"

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat, motif kejadian belum dikenalpasti dan polis sedang giat melancarkan gerakan memburu suspek" tambahnya lagi.

Abang Lihat Sendiri Adik ditetak

Kejadian tetak yang menimpa mangsa dikatakan telah disaksikan abangnya sendiri dipercayai bermotifkan salah faham di Kampong Pengkalan Nyireh semalam.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, Nik Mohamad Sharul Anuar Nik Dir, 22 dari Jalan Pantai, Kampung Teluk Bayu Kuala Besut, dikatakan pergi ke kampung itu bersama abang dan seorang rakanya untuk berbincang bagi menyelesaikan satu tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

Menurut abang mangsa, Nik Mud Nik Dir, 24 mangsa sebelum ini dituduh membakar motosikal kepunyaan ibu daripada seorang suspek pada 19 jun lepasdi rumah wanita berkenaan. 


Previous
Next Post »

Ngepeng