Harga Runcit Bagi Produk Petroleum 29 Jun - 5 Julai 2017

BERMULA tengah malam sekejap lagi harga runcit produk petroleum yang baru akan berkuatkuasa selama seminggu, harga ini akan berakhir pada 5 Julai 2017. Harga yang ditetapkan pada kali ini mengalami sedikit penurunan harga dan mungkin juga sedikit mengembirakan pengguna kenderaan yang menggunakan bahan bakar petroleum di tanah air kita. 

Sememangnya berita penurunan harga ini ditunggu-tunggu tambahan pula kita baru sahaja menyambut Hari Raya Aidilfiri di mana sambutan itu memerlukan perbelanjaan dan perbelanjaan itu bukanlah sedikit ditambah pula dengan harga barang yang serba serbi mahal dewasa ini menyebabkan belanja mengurus sambutan Hari Raya memerlukan kos yang lebih tinggi daripada biasa, jadi berita penurunan harga bahan petroleum ini mungkin tidak-tidaknya mampu menjimatkan kos mereka terutamanya untuk perjalanan dari desa ke tempat mereka mencari sesuap nasi di kota metropolitan. 

Menurut maklumat yang diperolehi oleh Harian Mega, harga baru produk petroleum adalah bagi Petrol RON95 harga yang ditetapkan adalah RM1.89/liter ini bermakna berlaku penurunan sebanyak RM0.02, manakala Petrol RON97 pula ditetapkan pada harga RM2.15/liter ini bermakna juga mengalami penurunan sebanyak RM0.02. Diesel pula ditetapkan pada harga RM1.84/liter ini bermakna berlaku penurunan sebanyak RM0.04.


Previous
Next Post »

Ngepeng