Bersatu Menentang Gejala Sosial

GEJALA SOSIAL di negara kita semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, boleh dikatakan gejala sosial di negara ini semakin parah. Hari demi hari, masa demi masa, detik demi detik, ketika demi ketika gejala sosial terus menular bukan sahaja di kalangan remaja malah kini lebih parah apabila ia turut melibatkan kanak-kanak.

Baru-baru ini akhbar Harian Metro mendedahkan kewujudan satu klip video 'aksi panas' dua beradik dan diberi nama Budak Terlampau. Video itu ternyata bukan sahaja menyimpang daripada norma-norma masyarakat malahan ia turut melambangkan keruntuhan akhlak sudah mula memasuki dunia kanak-kanak.

Di dalam dunia yang serba moden dan serba canggih ini tidak mustahil perkara ini boleh terjadi. Maklum sahajalah dunia sudah akhir zaman. Kata orang kiamat sudah dekat. Macam-macam perkara yang pelik terjadi sejak akhir-akhir ini. Inilah dinamakan manusia sudah mula lupa asal usul mereka.

Kewujudan IT yang dikatakan boleh membantu manusia menyelesaikan tugasan mereka seharian juga menjadi faktor penyumbang kepada meningkatnya gejala sosial dan juga merebak kepada dunia kanak-kanak.

Satu ketika dahulu, mustahil kita dapat menemui kanak-kanak yang sanggup membuat aksi yang sedemikian, tetapi pada masa ini semua tu sudah menjadi kebiasaan tambahan pula seawal usia kanak-kanak mereka telah didedahkan dengan seks sonsang.

Permasalahan ini sekiranya dibiarkan pastinya ia bakal mengundang masalah yang lebih besar satu masa kelak. Perkara seperti ini haruslah dibendung bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan serta keselamatan rakyat negara ini.

Semua pihak harus berganding bahu di dalam usaha-usaha untuk membendung gejala sosial seperti ini, pendek kata membendung gejala sosial adalah tanggungjawab bersama bukan terhad kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Jangan ada yang hanya tahu menyalahkan orang lain, tetapi diri sendiri tidak membantu di dalam usaha-usaha untuk membendung gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Marilah bersama-sama kita berganding bahu, berpimpin tangan untuk menentang gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Ingat Gejala Sosial adalah tanggungjawab bersama.
Previous
Next Post »

Ngepeng