Garuda di Baham Harimau Malaya


MUNGKIN agak terlambat sedikit segmen Sukan Harian Mega mengulas berkenaan dengan kejayaan Malaysia menjulang Piala yang berprestij di Asia Tenggara iaitu Piala AFF Suzuki setelah 14 tahun penantian untuk melalui detik-detik manis ini. Namun, kata orang lebih baik lewat daripada tidak langsung.

Kejayaan Skuad Harimau Malaya membenamkan harapan Garuda (Indonesia) memang memberi satu kenangan manis buat negara dalam suasana penutupan tirai 2010 ini. Kejayaan ini telah membuatkan Malaysia dinobatkan sebagai gergasi Asia Tenggara.

Tidak dapat dinafikan kejayaan Malaysia itu sedikit sebanyak telah menaikkan imej dan mutu skuad bola sepak negara. Daripada pasukan yang tercorot satu masa dulu kini ianya sudah menjadi Gergasi di Asia tenggara.

Harian Mega mendoakan agar pencapaian skuad bola sepak negara terus meningkat dari hari ke hari, masa demi masa, ketika demi ketika. Mari kita doakan juga agar satu masa nanti Malaysia layak ke Piala Dunia.

Dalam masa yang sama, Harian Mega berharap agar kemenangan ini bukanlah kemenangan yang sementara dan hendaklah ada kesinambunganya satu masa nanti. Semoga dengan peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh Skuad Kebangsaan negara kita ini bakal dijadikan contoh dan iktibar kepada pemain-pemain Bola Sepak muda tanah air.
Previous
Next Post »

Ngepeng