Mampukah Malaysia Menjulang Piala AFF Suzuki?


SEPERTIMANA yang kita tahu, Harian Mega yakin semua rakyat Malaysia yang meminati sukan bola sepak sudah mengetahui bahawa Malaysia telah mengesahkan tempat ke Final Piala AFF Suzuki apabila skuad kebangsaan itu membenamkan harapan Vietnam di tempat mereka tanpa jaringan gol.

Berbekalkan agregat 2-0, Malaysia terus berada di barisan hadapan apabila Vietnam gagal menjaringkan sebarang gol di perlawanan Separuh akhir ke 2, ini sudah pasti mengesahkan kedudukan Malaysia untuk ke Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.

Sekarang Harian Mega pasti yang semua peminat-peminat sukan Bola Sepak tempatan sudah mengetahui mengenai skuad negara mana yang Malaysia perlu hadapi di Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki.

Bagi yang belum lagi mengetahui Malaysia akan berhadapan dengan Indonesia semasa Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki kelak. Apabila kita menyebut Indonesia ini bermakna skuad daripada negara yang serumpun dengan bangsa kita ini bukanlah calang-calang dan tidak boleh dipandang remeh.

Tambahan pula, sebelum ini Indonesia pernah memalukan Malaysia apabila berjaya menewaskan Malaysia 5-1 di Stadium Bong Karno, Indonesia. Ini bermakna skuad Malaysia perlu melalui laluan yang sungguh getir untuk menjulang Piala AFF Suzuki.

Walaubagaimanapun Harian Mega Percaya yang jurulatih skuad kebangsaan sudah pasti ada formula-formula tertentu untuk berhadapan dengan Indonesia. Pengalaman bermain dengan Indonesia mungkin memudahkan bagi K. Rajagopal untuk mengatur strategi yang lebih berkesan bagi memastikan Malaysia dapat menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama.
Previous
Next Post »

Ngepeng