JANJI dan impian peribadi sengaja penulis pilih menjadi tajuk artikel untuk hari ini bersesuaian dengan isu yang sedang hangat diperkatkan kini iaitu janji Ketua Pembangkang kepada rakyat Malaysia terutamanya yang memilih perguruan sebagai profesyen.
Memang sedap kita mendengar kalau ada orang nak bagi elaun RM500 kepada guru. Penulis percaya ramai guru yang akan menyukainya. Namun, sanggupkah kita gadai maruah hanya kerana RM500 di mana prinsip kita sebagai seorang guru sekiranya kita boleh dibeli dengan harga RM500, adakah guru bernilai RM 500 seorang?
Mari bersama-sama kita fikirkan kenapa janji itu dibuat? Adakah sebab-sebab yang tersembunyi disebalik janji manis tersebut? Adakah rugi sekiranya kita menolak tawaran tersebut? Bagi penulis sekiranya menolak tawaran itu memang rugi untuk tempoh jangka pendek, namun untuk tempoh jangka panjang ia akan membawa keuntungan.
Sedar atau tidak kita yang Ketua Pembangkang mempunyai agenda sendiri untuk mengejar impianya menjadi Perdana Menteri sejak dari dahulu lagi? Jadi kita menerima tawaran ini bererti kita seorang yang mudah terpengaruh dalam erti kata lain kita dipergunakan untuk kepentingan diri Ketua Pembangkang.
Lagipun tawaran Elaun RM500 itu bukanya menggunakan wang Ketua Pembangkang sendiri, ianya wang kerajaan dalam ertikata lain ianya adalah wang rakyat. Cuba fikir secara rasional janji yang diberikan itu mengguna wang kita, tetapi kita diminta pula menyempurnakan cita-cita peribadi beliau. Bukankah secara automatisnya kita telah ditipu mentah-mentah oleh Ketua Pembangkang.
Terpulang kepada para guru seluruh Malaysia untuk menilai tawaran yang diberikan oleh Ketua Pembangkang tersebut, namun dalam masa yang jangan lupa untuk berfikir sekiranya kita terpengaruh dengan tawaran tersebut apakah risiko dan akibatnya yang perlu kita hadapi?
Lagipun Pakatan Rakyat telah diberikan peluang oleh rakyat untuk memerintah beberapa negeri lihat apa yang sudah terjadi kepada negeri-negeri yang berada di bawah pemeritahan Rejim Pakatan Rakyat? Semuanya kucar kacir dan haru biru dibuatnya. Fikir-fikirkanlah....

ConversionConversion EmoticonEmoticon