Mampukah Malaysia Menang di Vietnam?


SEPERTI mana yang kebanyakkan rakyat Malaysia tahu, pada malam ini akan berlangsung satu perlawanan bola sepak Separuh Akhir Ke 2 antara Malaysia dengan Vietnam. Malaysia yang berkunjung ke Vietnam dengan berbekal dua jaringan gol di Malaysia membawa misi untuk ke Final Piala Suzuki.

Namun persoalan yang timbul adakah Malaysia mampu menewaskan Vietnam di Vietnam. Pada masa yang sama, Vietnam menyifatkan kekalahan mereka kepada Malaysia pada perlawanan Separuh Akhir pertama baru-baru ini disebabkan oleh silauan lampu laser yang dipancarkan oleh penonton kepada pemainya sewaktu perlawanan sedang berlangsung.

Walau apa pun, bersama-samalah kita mendoakan agar skuad bola sepak kebangsaan dapat menewaskan Vietnam walaupun bukan di gelanggang sendiri.

Pelbagai pihak menaruhkan harapan agar Malaysia berjaya ke Final, walaupun Malaysia sudah berbekalkan dua jaringan gol ia bukan bermakna kedudukan Malaysia masih selamat kerana dalam bola sepak apa-apa sahaja yang mustahil mungkin akan terjadi.

Bersama-samalah kita nantikan debaran rakyat Malaysia yang rata-rata mahukan Malaysia beraksi di Final Piala Suzuki nanti. Kesudahanya hanya pada malam ini.
Previous
Next Post »

Ngepeng