Pemimpin UMNO Kelantan perlu berubah


PEMIMPIN UMNO Kelantan perlu melakukan perubahan sikap ke atas diri mereka. Sikap-sikap yang tidak disenangi oleh rakyat hendaklah dibuang ke laut sejauh-jauhnya. Sikap-sikap negatif pemimpin akan memberikan imej yang buruk pada parti.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, ada beberapa sikap-sikap negatif yang ada pada batang tubuh pemimpin-pemimpin UMNO negeri Kelantan. Bagi panduan mereka Harian Mega ingin memberikan pendapat mengenainya.

Antara sikap-sikap negatif yang ada pada segelintir pemimpin UMNO Kelantan kini ialah:

1) Pemimpin yang suka 'pilih bulu' di dalam memberikan bantuan ataupun insetif kerajaan.
2) Pemimpin yang suka menunjukkan kemewahan
3) Pemimpin yang sukar didampingi rakyat.
4) Cah Keting di kalangan pemimpin.

Kita pergi dahulu kepada sikap negatif pemimpin UMNO bernombor 1. Sikap pemimpin yang sebegini akan menaikkan lagi kebencian rakyat bukan sahaja kepada pemimpin tersebut tetapi juga kepada parti yang diwakili oleh pemimpin tersebut. Jadi sebagai pemimpin mereka perlu mengubah sikap sedemikian.

Beralih pula kepada sikap pemimpin yang bernombor 2 iaitu suka menunjukkan kemewahan. Rakyat sebenarnya membenci orang yang suka bangga diri dan suka berlagak dengan kemewahan jadi adalah baik kita menjadi pemimpin yang besederhana.

Kemudian, sikap pemimpin yang ketiga iaitu sukar didampingi rakyat. Apabila rakyat ditimpa musibah sudah tentu dia memerlukan pertolongan daripada pemimpin. Jadi sekiranya mereka sukar mendampingi pemimpin sudah tentu ia akan mendatangkan kemarahan mereka.

Akhir sekali, budaya cah keting yang begitu sinonim dengan pemimpin UMNO Kelantan. Tidak keterlaluan sekiranya kegagalan percubaan UMNO Kelantan untuk menawan Kelantan daripada Rejim PAS beberapa kali adalah disebabkan kerana budaya cah keting yang menjadi duri dalam daging kepada UMNO. Pemimpin UMNO Kelantan perlulah menjauhi perkara ini mulai dari sekarang demi memastikan kejayaan UMNO Kelantan di masa yang akan datang.
Previous
Next Post »

Ngepeng