Interlok Mesti Dipertahankan Keaslianya



HARI INI penulis memilih untuk mengulas berkenaan dengan desakan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) agar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Alasan yang diberikan oleh GAPENA adalah sekiranya KPM mengubah teks bertajuk Interlok apa yang pasti karya sastera nukilan Sasterawan Negara Abdullah Hussein itu menjadi tidak asli dan tidak sama dengan versi yang asli ditulis oleh Sasterawan Negara tersebut. Selain daripada itu, Gapena menyifatkan pengubahan itu akan memperkecilkan penulis terbabit. Lagipun
Interlok adalah berdasarkan sejarah yang sememangnya benar dan tidak boleh dinafikan lagi.

Penulis juga mengambil pendirian yang sama dengan GAPENA, kerana penulis adalah penulis dan setiap penulis ada hak mereka masing-masing untuk memelihara keaslian penulisan masing-masing. Bagi penulis KPM tidak perlu mengubah Novel yang dijadikan Buku Teks itu, sekiranya benar-benar mahu mengubah, adalah lebih elok sekiranya KPM mengambil tindakan menukar Novel yang bertajuk lain untuk dijadikan buku teks.

Bagi penulis tindakan yang diambil oleh GAPENA adalah sesuatu yang tepat, dan tidak boleh disangkal lagi. Bagi mereka yang tidak faham mengenai Erti Kesusasteraan Melayu adalah lebih elok tidak mencampuri urusan tersebut. Jika mereka terus mencampuri hal-hal yang memang tiada kaitan dengan mereka besar kemungkinan mereka-mereka yang tidak mengerti tentang sastera ini akan merosakkan kesusasteraan Melayu.

Penulis sendiri tidak nampak sebarang keperluan untuk Interlok diubah, sebagai menghormati Sasterawan Negara adalah lebih elok Interlok tidak perlu diubah demi kesinambungan kesusasteraan Melayu di Malaysia.
Previous
Next Post »

Ngepeng