Cabaran 2011: Mengurangkan Bebanan Rakyat

50 ringgitImage via Wikipedia
CABARAN paling besar bagi sesiapa sahaja yang menguruskan Kerajaan Malaysia bagi tahun 2011 ialah memikirkan cara untuk meringankan bebanan rakyat yang semakin hari semakin meningkat, hari demi hari, masa berganti masa bebanan rakyat terus meningkat.

Sebagai Kerajaan yang menjadi nadi kepada rakyat, langkah proaktif untuk menangani masalah bebanan rakyat semakin meningkat ini hendaklah di ambil oleh kerajaan. Adalah dikhuatiri sekiranya bebanan rakyat terus meningkat sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

Berdasarkan Teori Ekonomi berbunyi "When Economy Go Down, Nothing Goes Wright". Situasi inilah yang perlu kerajaan elakkan kerana ia juga akan memberi kesan perkara-perkara lain. Satu lagi teori ialah "When Economy Go Down, Crimes Go Up". Bagi memberi kefahaman kepada pembaca maksudnya ialah Apabila Ekonomi Jatuh secara langsung Jenayah akan meningkat kerana ia saling berkaitan. Di mana kata kunci bagi ekonomi ialah wang ringgit, manakala kata kunci bagi jenayah juga wang ringgit.

Kenaikkan harga petrol baru-baru ini sedikit sebanyak menambahkan bebanan rakyat, lebih memburukkan lagi keadaan ialah ada mereka-mereka yang mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan kenaikkan harga petrol. Biarpun harga petrol hanya naik sedikit namun, harga barangan lain naik berkali ganda.

Di awal 2011, ini kita dikhabarkan beberapa barangan telah naik harga dari susu pekat, minuman coklat berjenama M*** juga telah naik. Apa mengejutkan Susu Pekat mengalami kenaikkan harga sebanyak RM 14.00 bagi setiap peti. Ia satu kenaikkan yang begitu besar, pengusaha-pengusaha kedai makan, restoran dan warung tiada pilihan selain memindahkan penambahan kos mereka kepada pengguna. Pengguna adalah rakyat secara tidak langsung bebanan rakyat semakin meningkat.

Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan memberi kesan yang negatif kepada ekonomi negara. Kerajaan perlu mencari satu mekanisme terbaik untuk menyelesaikan dan membantu meringankan bebanan yang dihadapi rakyat masa kini.

Mungkin Kerajaan boleh melakukkan kenaikkan gaji, namun pada hemat penulis ia tidak akan membantu malah akan memburukkan lagi keadaan kerana kemungkinan besar tauke-tauke besar yang bersifat kapitalis akan menaikkan harga barangan dengan kata lain mereka akan mengambil kesempatan daripada kenaikkan gaji kakitangan kerajaan.

Bagi penulis, terserah kepada kerajaan untuk bagaimana cara untuk membuatnya tetapi apa yang penting adalah bebanan yang ditanggung rakyat masa kini dapat dikurangkan. Tidak kira bagaimana solusinya asalkan rakyat tidak terbeban.
Enhanced by Zemanta
Previous
Next Post »

Ngepeng