Parti KITA Dilancarkan


NAMPAKNYA dunia politik tanah air negara kita sekarang ini semakin bersinar, tambahan pula dengan kehadiran sebuah parti baru yang apabila namanya diringkasnya menjadi KITA. Parti tersebut dikemudikan oleh Zaid Ibrahim sepertimana yang didedahkan di blog Zaid Ibrahim iaitu Blog Zaid Untuk Rakyat.

Penulis pun tidak pasti, adakah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air atau ringkasnya KITA adalah benar-benar parti baru, namun mengikut maklumat yang penulis terima ia sebenarnya lahir daripada pengambilalihan sebuah parti lama iaitu Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang berjaya diambil alih oleh Zaid Ibrahim.

Apa yang penulis dapat lihat dengan kehadiran Parti KITA ini sedikit sebanyak dapat memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan, atau alternatif lain selain alternatif sedia ada.

Penulis berharap dengan kehadiran KITA, dapat merancakkan lagi arena politik tanah air disamping menyuburkan lagi demokrasi di negara kita yang tercinta ini. Apa yang penulis dapat rasakan ialah rakyat akan ada lebih banyak pilihan, dan mereka semakin ada peluang untuk memilih parti mana yang mereka suka.
Previous
Next Post »

Ngepeng