Subkhiddin lahir hasrat ingin bersara


Seorang Pengadil Perlawanan Bola Sepak daripada Malaysia telah melahirkan hasratnya untuk bersara dari dunia pengadilan Bola Sepak. Pengadil yang dimaksuddkan ialah Subkhiddin Mohd Salleh sepertimana yang ditunjukkan di gambar sebelah. Kali terakhir Subkhiddin mengadili perlawanan antara Korea Utara melawan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk misi Piala Asia.

Beliau (Subkhiddin) yang berusia 44 tahun membuat penampilan kali kedua untuk Piala Asia sebelum ini beliau telah tampil mengadili Piala Asia pada Edisi 2004. Subkhiddin menyifatkan "Ini adalah Piala Asia terakhir, dan merupakan kejohanan saya yang terakhir. Banyak perkara yang berubah sejak saya menyertainya, terutamanya dari segi persediaan, persiapan mental sebelum perlawanan dan kini berdepan dengan perlawanan yang bertaraf lebih tinggi.

“Peningkatan permainan cukup membanggakan dan ia membuatkan tugas pengadilan menyeronokkan. Sebagai pengadil, kami suka bekerja dalam suasana permainan bertaraf tinggi.” Selepas mengadili aksi Liga Malaysia dan kejohanan serantau seperti Piala Suzuki AFF, Subkhiddin dilihat antara pengadil elit Konfederasi Bola Sepak Asia, malah turut berada dalam senarai pengadil Fifa. Subkhiddin turut berada di pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan, tahun lalu, tapi peranannya terbatas sebagai pegawai perlawanan keempat.


Malah, beliau menunjukkan teladan buat rakan pengadil lain ketika bercadang menamatkan kerjayanya.


“Kini lebih banyak tumpuan diberikan terhadap pengadil, tidak seperti 10 tahun lalu dan itulah sebabnya melihat mutu pengadilan kini semakin meningkat. Kami mempunyai lebih tanggungjawab dalam perlawanan itu.

“Kami perlu bekerja keras. Penyokong datang bukan untuk melihat pengadil, mereka mahu menyaksikan perlawanan dan kami mempunyai tugas memastikan pemain bermain dengan baik. Kami tidak perlu menjadi tumpuan tetapi memastikan tahap permainan meningkat.


“Bagi saya, profesionalisme adalah mengenai sikap, bukan hanya untuk mendapat wang. Anda perlu bersikap profesional dalam dan luar padang,” katanya.
Previous
Next Post »

Ngepeng