Jangan Terlalu Cepat Mengubah Selera


DEMAM Piala AFF Suzuki masih hangat walaupun sudah beberapa hari perlawanan yang menjadi perbualan hangat itu berakhir. Tahniah diucapkan kepada Skuad Harimau Malaya kerana berjaya mengharumkan nama negara di persada asia.

Keputusan tersebut ternyata mengembirakan banyak pihak. Walaubagaimanapun, selepas Piala AFF berakhir ternyata pemain-pemain Harimau Malaya dilanda sindrom 'tukar selera' apabila ramai pemain kita sudah meluahkan rasa ingin berhijrah mereka kepada pasukan lain.

Memang benar, pemain ada kebebasan untuk menukar pasukan yang mereka wakili selepas musim tamat, namun bagi penulis ia sesuatu yang boleh menjejaskan prestasi skuad Harimau Malaya dan dalam masa yang sama ia juga memberi imej yang tidak baik terhadap skuad Harimau Malaya.

FAM perlu berbuat sesuatu agar selepas ini tidak akan berlaku satu penghijrahan besar-besaran pemain-pemain Harimau Malaya kepada skuad-skuad bola sepak negara lain. Mungkin FAM boleh mengubah undang-undang dengan hanya membenarkan pemain-pemain Harimau Malaya berhijrah ke pasukan negara lain setelah dua musim mewakili negara.

Perkara seperti ini tidak boleh dipandang enteng oleh FAM, demi masa depan skuad Bola Sepak negara, adalah dikhuatiri sekiranya perkara ini berterusan akan merosotkan lagi prestasi Bola Sepak negara yang baru meningkat naik ini. Fikir-fikirkanlah.
Previous
Next Post »

Ngepeng