Gadis 18 Tahun Dikahwini oleh Warga Emas

INDONESIA - SULAWESI SELATAN (Harian Mega) - Seorang gadis berumur 18 tahun telah dikahwini oleh seorang warga emas yang umurnya 44 tahun lebih tua daripada gadis tersebut. Katanya gadis tersebut adalah gadis pujaan warga emas tersebut. 

Diana Daeng Nganiyang, 18 selamat dikahwini oleh Sulaeman Daeng Ngampan, 62 di Kabupaten Gowa Kelmarin. Perkahwinan lelaki pengantin lelaki yang lebih tua daripada pengantin wanita tersebut diadakan mengikut adat suku kaum Makkasar menurut Kepala Desa, Zainal Ariffin Mangung. 

Kepala Desa tersebut turut memaklumkan bahawa perkahwinan mereka berdua dilakukan tanpa paksaan walapaupun isterinya masih muda sepertimana yang dilaporkan oleh portal Detik.com. 

Hantaran sebanyak 35 Juta rupiah (RM11, 264.45) diberi kepada pengantin perempuan tersebut oleh pengantin lelaki warga emas itu sepertimana yang dilaporkan oleh media tempatan. 


Perwatakan Sulaeman disenangi oleh pengantin perempuan tersebut walaupun beza umur mereka berdua begitu ketara sepertimana yang dikatakan oleh pengantin perempuan itu sendiri iaitu Diana Daeng Nganiyang.

Dalam pada itu pengantin perempuan tersebut turut meminta orang ramai mendoakan kebahagian mereka berdua dan juga rumah tangga mereka berjalan dengan baik. 
Previous
Next Post »

Ngepeng