SHAH ALAM (Harian Mega) - Tindakan pembangkang yang melakukan pengukuhan konsesus telah membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di dalam keadaan panik dan terdesak.
"Perkara itu boleh dilihat menerusi Laporan Pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohd di London."
"Bukti pergerakkan pihak pembangkang semakin teratur, Politik Adalah Persepsi. Laporan berita ini semestinya telah menunjukkan Anwar dengan Tun Mahathir sudah bermuafakat. "
"Perkara ini membuatkan Najib menjadi 'panik' dan 'terdesak' kerana nyawa politik beliau sudahpun 'tenat'. Kenyataan Media Najib hanya dalam Bahasa Inggeris dan bukanya Bahasa Malaysia adalah bukti pertama yang mengukuhkan dakwaan bahawa kedudukanya kini sudah 'tenat'." Itulah petikan kata-kata dari Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi satu kenyataanya di sini semalam.
"Tambahnya lagi, ugutan politik hanya menampakkan sikap panik dan mementingkan kelompok sendiri.
ConversionConversion EmoticonEmoticon