SHAH ALAM (Harian Mega) - Spekulasi tentang Siapa pemimpin utama yang bakal menerajui Pakatan Harapan bakal terjawab apabila ianya akan dimuktamadkan.
Polemik tiga jawatan utama Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sebelum ini menjadi pertikaian mengenai siapa dan parti mana yang layak selama berbulan-bulan akhirnya semakin mengendur.
Hasil mesyuarat Majlis Presiden pada malam ini yang difahamkan telah membentuk kata sepakat trio mana yang diangkat sebagai kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan membolehkan jentera dan gerak kerja menjayakan misi menang PRU14 lancar dan berjaya sepenuhnya sudah tentu tumpuan terarah ke arahnya.
Pelbagai maklumat dan andaian mengenainya tular di media sosial sebelum keputusan rasmi mesyuarat diumumkan.
"Persetujuan" pemimpin Pakatan Harapan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memimpin gabungan pembangkang itu paling menyentap tumpuan.
Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr. Azizah selaku Presiden mengikut spekulasi yang menjadi tular di media sosial.
Nostalgia 20 tahun yang lepas ketika kedua-dua pemimpin ini bekerja dalam kerajaan yang sama sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagaikan dikembalikan apabila Tun Mahathir dan Anwar membentuk gabungan.
Perlantikkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai kepimpinan yang bakal mengisi kerusi Naib Presiden Pakatan Harapan turut menjadi spekulasi yang tersebar.
Struktur baru Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bakal dibarisi Ketua Umum, Pengerusi, Naib Presiden, setiausaha, bendahari dan ahli Majlis Tertinggi terdiri daripada wakil DAP, PKR, Amanah dan juga Bersatu turut di tular di media sosial.
Gabungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim ini akan menjadi satu gabungan yang serasi sekiranya seorang bekas Ketua Pembangkang dan seorang bekas Perdana menteri ini membentuk gabungan.
"Pihaknya bersifat terbuka sekiranya majoriti parti dalam Pakatan Harapan bersetuju melantik Anwar sebagai Ketua Umum dan Mahathir sebagai pengerusinya " Mengikut kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
"Keputusan samaada perkara itu dapat direalisasikan hanya akan diketahui apabila mesyuarat Pakatan Harapan berakhir" Kata Khalid lagi.
"Saya terbuka dalam hal ni" "Tapi kena dengar juga hujah ahli yang lain. Tidak bolehlah kita membuat pendirian yang terlalu keras sehingga tidak boleh berganjak. "Secara peribadi tiada masalah untuk perkara ini terjadi" hujah khalid lagi.
Khalid mengakui mungkin akan ada segelintir ahli di dalam Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan itu.
"Mungkin ada yang setuju sebelum ini tetapi di dalam mesyuarat mereka menukar pendirian. Ini sebabnya mesyuarat diadakan".
"Alasan dan hujah ahli akan didengarkan oleh kita sekepas itu kita akan membuat ketetapan, Jadi tungu ajelah nanti" jelas Khalid lagi.
ConversionConversion EmoticonEmoticon