Peluru Berpandu Balistik Disasarkan Ke Mekah Berjaya Dipintas Tentera Arab Saudi

RIYADH (Harian Mega) - Satu Peluru Berpandu Balistik telah dilancarkan ke Arah Mekah oleh Kumpulan Pemberontak Syiah Houthi di Yaman pada Khamis malam yang lalu sepertimana yang dilaporkan Reuters dengan mengambil maklumat tersebut daripada Tentera Bersekutu Arab Saudi. 

Peluru berpandu tersebut berjaya dipintas oleh Tentera Bersekutu di kedudukan kira-kira 65KM dari kota suci itu sekaligus ia mengelakkan berlaku sebarang kerosakkan di kota suci itu. Tapak pelancaran peluru berpandu tersebut di Yaman diserang balas oleh Tentera Bersekutu sepertimana yang dilaporkan oleh Agensi Berita SPA. 


Pelancaran satu peluru berpandu Balistik Burkan-1 ke arah Arab Saudi disahkan oleh Houthi dalam satu kenyataan rasmi kepada Agensi Berita Rasmi mereka. Namun, ia menafikan peluru berpandu tersebut disasarkan ke Kota Suci Mekah sebaliknya mereka mensasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah. 


Enam negara yang menganggotai Majlis Kerjasama Teluk mengecam serangan peluru berpandu.

Iran yang menyokong Houthis dipersalahkan oleh Menteri Luar Sheikh Abdullah Zayed daripada United Arab Emirates (UAE). 

Dia menulis dalam twee-nya di Twitter "Rejim Iran menyokong satu kumpulan pengganas yang melancarkan roketnya ke arah Mekah, adakah ini sebuah Rejim Islam seperti yang didakwa?".
Previous
Next Post »

Ngepeng