KUALA LUMPUR (Harian Mega) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa membuat permohonan maaf oleh DAP ekoran daripada tindakanya membocorkan data peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Tindakan zahid dilihat tidak beretika kerana menceroboh maklumat peribadi seseorang" Menurut Ahli Parlimen Kulai Teo Ning Ching.
"Dia (Ahmad Zahid) tiada hak untuk mendedahkan maklumat data peribadi yang terdapat dalam kad pengenalan walaupun beliau seorang Menteri Dalam Negeri samaada maklumat itu tepat atau tidak ia bukan isu.
"Dia perlu menghormati terhadap tindakan melindungi data peribadi sebagai Menteri menurut fikiran saya beliau perlu membuat permohonan maaf" Katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.
"Timbalan Perdana Menteri semalam mendakwa kad pengenalan asal Dr Mahathir menunjukkan namanya ialah Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty" Kata Nie Ching.
"Dokumen yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepadanya menunjukkan 'orang itu yang memperjuangkan agenda Melayu' sebenarnya 'menggunakan orang melayu'." Menurut Menteri Dalam Negeri yakni Ahmad Zahid.
Usul Tergempar dipohon DAP supaya Kerajaan memberikan jawapan berhubung tindakan Zahid itu.
Nie Ching memohon usul itu dan jawapan dari Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam tempoh 24 jam.
Ahmad Zahid juga digesa 'berehat' sebentar dari jawatanya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk memudahkan siasatan ke atasnya berhubung isu ini oleh Nie Ching .
"Siasatan tanpa rasa takut dapat dibuat ke atas Ahmad Zahid" Kata Nie Ching.
Satu Laporan Polis berhubung isu ini telah dibuat oleh DAP menerusi Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah.
Ibu Pejabat Polis Dang Wangi Kuala Lumpur telah menerima laporan tersebut tengahari tadi.
Tindakah Ahmad Zahid mendedahkan butiran peribadi Mahathir dalam satu program adalah tidak wajar dan amat berbahaya menurut laporan polis yang telah dibuat itu.
Siasatan ke atas Ahmad Zahid dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara didesak dilakukan kerana mennggunakan kedudukan mereka 'secara salah'.
ConversionConversion EmoticonEmoticon