PERKASA Beri Amaran Jangan Ganggu Gugat Perlembagaan Negara

KUALA LUMPUR - (Harian Mega) - PERKASA atau nama penuhnya Pertubuhan Pribumi Perkasa, mengambil pendirian untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang dikatakan menganggu-gugat perlembagaan negara. 

Menurut Presiden PERKASA, Datuk Dr. Ibrahim Ali apa sahaja yang menyentuh kepentingan negara akan diambil tindakan perundangan. "Saya nak tegaskan di sini Perkasa berpendirian apa sahaja isu yang yang membabitkan kepetingan negara dan lebih khusus kepada perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan seperti fasal 153.
"Jika mana-mana pihak termasuk kerajaan lakukan sesuatu yang bertentangan dengan asas perlembagaan negara, kita jumpa sahaja di mahkamah," katanya dalam sidang medianya di sini hari ini.

"Perkasa tidak akan menggunakan kaedah lama lagi dalam memperjuangkan sesuatu isu, Apa-apa isu kita akan bawa ke mahkamah tidak lagi sebagaimana biasa dahulu kita bawa di jalan-jalan raya dan kita rasa cara yang terbaik adalah melalui sistem perundangan itulah pilihan Perkasa dan cara perkasa" Katau Datuk Dr. Ibrahim Ali lagi. 


Isu Kelonggaran syarat penguasaan Bahasa Melayu bagi pekerja kontrak perubatan gred UD41 yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuatkan Perkasa memfailkan notis tuntutan terhadap KKM. Tuntutan tersebut adalah berkisar kepada tidak membenarkan KKM menguatkuasakan kelonggaran syarat kelayakkan lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

Sekiranya tempoh tujuh hari dari 4 Julai 2017 Perkasa akan memfailkan tindakan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan sebarang dasar yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noorhisham Abdullah pada 2 Julai lalu telah berkata "graduan perubatan yang berkelayakkan diberi kelonggaran syarat kelayakkan lulus Bahasa Melayu bagi SPM untuk dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41"

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Februari lalu" Kata Noor Hisham lagi. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil meminta penjelasan menteri berkenaan kepada kabinet selepas mendapat bantahan daripada pelbagai pihak. 
Previous
Next Post »

Ngepeng