18 Individu Ditahan Kerana Buat Flash Mob Depan Politeknik

PERMATANG PAUH (Harian Mega) -Polis menahan 18 individu ketika sedang berkumpul di hadapan Politeknik Seberang Perai bagi mengadakan "Flash Mob".

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid telah mengesahkan penahanan tersebut.

"Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah untuk proses soal siasat" 

"Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Seberang Perai Tengah serta didokumentasi,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, penahanan dilakukan setelah pihaknya menerima maklumat berlaku provokasi namun kesemua individu terbabit dibebaskan tidak lama kemudian.


Previous
Next Post »

Ngepeng