Walau Tak Sokong BN Tapi BN Tidak Pernah Hukum Rakyat Kelantan

JELI (Harian Mega) - Rakyat Kelantan tidak pernah dihukum semata-mata kerana tidak menyokong Barisan Nasional. Prinsip berlaku adil kepada rakyat masih dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga hari ini.

"Tak boleh mendera atau menghukum Rakyat Kelantan hanya kerana mereka tidak menyokong BN" Kata Najib selaku Perdana Menteri dan juga Ketua Kerajaan. "Mereka sokong atau tidak BN saya sebagai pemimpin perlu berlaku adil kepada semua rakyat tidak kira mereka sokong BN atau tidak" Kata Najib lagi. "Tapi kalau dapat undi itu lagi baik" Tambah Najib sambil tersenyum sinis.

Beliau hadir ke negeri Kelantan di dalam Daerah Jeli untuk merasmikan Bangunan Tambahan Hospital Jeli. Turut hadir Datuk Seri S Subramaniam selaku Menteri Kesihatan, Datuk Seri Mustapha Mohamed selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher selaku Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

Najib berkata bagi mengulas mengenai bangunan tambahan Hospital Jeli, Peruntukkan sebanyak RM57 juta disediakan untuk pembinaan bangunan tambahan Hospital Jeli. Pembinaan berkenaan akan memberi manfaat kepada 50, 000 rakyat di daerah Jeli.

"Bangunan yang siap dibina pada 2016 ini telah menyebabkan berlaku penambahan katil ke 56buah katil berbanding  24 katil sewaktu bangunan ini belum dibina lagi. Projek naik taraf ini telah membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri Kelantan tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang mereka" Kata Najib lagi.

"Jika dahulu, Hospital Jeli diketahui antara yang paling kecil di negara ini dengan kapasiti 24 katil sahaja. Bagaimanapun kini, ia antara hospital yang mempunyai kelengkapan terbaik untuk kemudahan rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan lebih selesa dan berkualiti," katanya.

Previous
Next Post »

Ngepeng