KAJANG (Harian Mega) - Kegiatan terkutuk pasangan kekasih sejak Mei lalu terbongkar setelah seorang penganggur minta kekasihnya yang berumur 15 tahun untuk 'clash' ataupun dalam Bahasa Melayunya berpisah.
Mangsa telah menemani teman lelakinya ke Hospital Kajang untuk melawat rakanya kemalangan dalam kejadian mei yang lalu. Mangsa telah dibawa ke rumah Bapa Saudara Suspek itu di sebuah Apartment di Kajang kerana menyedari rumah bapa mangsa kosong. Di apartment tersebut mangsa diarah untuk baring di atas tilam sebelum teman lelakinya itu merogol mangsa.
Suspek sekali lagi telah mengajak mangsa untuk makan di rumah bapa saudaranya pada Isnin yang lalu. Mangsa berdepan detik hitam sekali lagi apabila dia bukan sahaja dipeluk dan diramas, malah turut dirogol dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang.
Suspek yang dikatakan berjanji untuk setia dengan teman wanitanya itu bagaimanapun mengingkarinya lalu mangsa bertindak membuat laporan polis berhubung tindakan suspek sebelum ini terhadapnya.
Bertindak atas maklumat, suspek berusia 19 tahun dan tidak bekerja itu telah ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam di Semenyih.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu.
"Siasatan masih dijalankan dan suspek kini direman tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
ConversionConversion EmoticonEmoticon