Penjenayah Melarikan Tiga Beranak Di Stesen Minyak

KUALA KRAI (Harian Mega) - Tiga beranak yang menaiki kereta membuatkan mereka berdepan dengan detik cemas apabila kereta mereka dilarikan oleh penjenayah bersama tiga beranak tersebut di Stesen Minyak Batu Jong kira-kira jam 10.30 semalam.

Menurut maklumat ketika kejadian mangsa  Nur Baitin Nadiah Awang, 23,bersama ibunya, Fatimah Husin 62, bapa, Awang Abu Bakar, 62, serta dua anaknya, Nur Amara Darwisha Mohd Nije, 2 dan Nur Aleya Batrisya Mat Nije, 6, dalam perjalanan dari Bandar Kuala Krai ke rumah mereka di Batu Jong.

"Setelah tiba ke stesen minyak bapa mangsa ke tandas sementara mangsa turun untuk mengisi angin tayar kereta mereka" menurut kata Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supritendan Abdullah Roning.
"Semasa mangsa mengepam tayar,keretanya terundur ke belakang dan bapanya sempat menarik suspek untuk memberhentikan kenderaan namun gagal.
" Ketika kereta beredar mangsa melihat sebuah kereta proton wira biru mengekori kenderaan berkenaan," tambahn Ketua Polis Daerah Kuala Krai itu lagi kepada Harian Mega. 

"Sepanjang dilarikan oleh dua orang penjenayah, Pisau telah diacu pada leher Fatimah, kemudian mangsa ditinggalkan di Machang, Kelantan bersama dua cucunya" Menurut kata Abdullah dan kemudian membuat kenyataan yang berbunyi " suspek dipercayai berketurunan India berdasarkan percakapannya dan berkulit gelap serta memakai sarung tangan. "Sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang memburu dua suspek dipercayai berketurunan India,"
Previous
Next Post »

Ngepeng