Hutang 1MDB Gagal Dibayar Lagi

KUALA LUMPUR (Harian Mega) - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah gagal membayar hutang AS$602.73 juta (RM 2.56B) kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) isnin lalu. 

IPIC merupakan sebuah syarikat yang diniagakan di Bursa Saham Inggeris di London dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi. Manakala 1MDB merupakan salah satu subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. 

Alasan yang telah diberi oleh 1MDB ialah duit untuk bayar hutang itu sedang dikumpulkan melalui proses rasionalisasinya dan memohon agar IPIC memberikan sedikit masa. 

Berniaga dengan berhutang besar tapi tidak jana hasil yang cukup untuk bayar balik. Inilah masalah 1MDB. Dalam pada itu berlaku penyelewengan yang berlaku di dalam dan luar negara. 

Perniagaan 1MDB tidak lestari. Modal yang rendah hutang yang tinggi, perniagaan 1MDB tidak lestari awal-awal lagi sepertimana kata Tan Sri Abdul Wahid Omar sewaktu beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri tak lama dahulu. 


Kita diberitahu oleh Jawantankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen (PAC) hutang 1MDB telah naik melebihi RM50 billion pada awal 2016. 1MDB juga telah jual atau gadai harta yang didapatinya dengan harga murah dari kerajaan seperti tanah di Tun Razak Exchange (TRX) di Jalan Tun Razak dan bekas Pengkalan Tentera Udara di Sungai Besi. 

Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan terpaksa mengambil alih atau memberi jaminan kerana duit masih tidak cukup untuk bayar hutang. 

Duit untuk bayar hutang IPIC itu sepatutnya masuk bulan lepas tapi tak masuk sebab ada kelulusan yang perlu diperolehi menurut kata 1MDB dalam masa yang sama turut merayu IPIC memberi tempoh sehingga penghujung bulan ini. 

Namun, 1MDB hanya ada 5 hari kerja  lanjutan tempoh seperti perjanjian, selepas tempoh itu denda dan tindakan lain dikenakan sepertimana yang diperkatakan IPIC. 



Kita tidak tahu macam mana dan dari mana sebenarnya 1MDB akan dapat duit untuk bayar balik hutang yang begitu banyak. Macam mana kita nak tahu kalau semua perkara berkaitan 1MDB adalah rahsia sehingga di Parlimen pun tak boleh bahas.

Cuma, seperti saya katakan berulang kali, kita harap duit negara dan rakyat jelata tidak lagi diambil secara sah atau haram untuk kambus hutang 1MDB. Secara kebetulan pula, Bank Negara baru saja menjual bon 20 tahun bernilai RM2.5 bilion iaitu hampir bersamaan dengan hutang 1MDB itu.

Tawaran bon itu ditutup 4 Ogos.

Bayaran balik RM2.56 bilion itu hanya separuh daripada hutang yang 1MDB kena bayar balik kepada IPIC tahun ini. Separuh lagi kena dilangsaikan hujung tahun ini.

Kesan kegagalan 1MDB bayar balik hutang IPIC adalah sangat besar dan berbahaya. 1MDB mungkin diseret sekali lagi ke mahkamah timbang tara antarabangsa sekali lagi dan penarafan mata wang, pelaburan dan pinjaman kita mungkin akan diturunkan.

Ambil contoh amaran bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada bulan Jun 2015. Dia kata, kalau masalah 1MDB tidak diselesaikan, kadar tukaran ringgit mungkin jatuh ke tahap tahun 1988 waktu Krisis Kewangan Asia.

Lebih kurang dua bulan kemudian, pada 12 Ogos ringgit jatuh ke bawah paras RM4 buat kali pertama sejak 1998 dan kekal sampai hari ini.

Satu perkara lagi.

Adalah tidak mustahil permohonan akan dibuat agar 1MDB diisytiharkan muflis supaya hartanya boleh dirampas oleh pihak-pihak yang memberi hutang kepadanya.

Dalam perkembangan berasingan tetapi hampir serupa, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, bagi tahu Parlimen yang Felda mengalami kerugian dalam buku sebanyak RM2.06 bilion kerana pelaburan langsung dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Dia maklumkan Parlimen pada 31 Julai bahawa kerugian itu adalah pada kadar harga 30 Jun lalu. Kerugian modal ini adalah sangat besar berbanding dividen sebanyak RM328.33 bilion yang dibayar oleh FGV. Felda memegang 21.25 peratus saham FGV.

Kita sudah tahu bahawa FGV adalah mainan pasaran atau dalam bahasa Inggeris disebut market play yang berkait rapat dengan pilihan raya umum (PRU) 2013. Peneroka dan kakitangan Felda dijanjikan durian runtuh hasil penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

Malangnya, bukan sahaja ia tidak menjadi durian runtuh kepada peneroka dan kakitangan Felda, sebaliknya mereka menanggung kerugian jangka panjang yang sangat teruk. Wallahuaklam.


Previous
Next Post »

Ngepeng